LAPORAN PAC PARLIMEN : 55% KUOTA PEKERJA ASING MELALUI KELULUSAN 'KHAS'
Setelah beberapa posiding, lawatan dan audit dijalankan, daripada 2016 hingga 2018, sebanyak 512,315 (55%) kuota pekerja asing melalui kelulusan khas Menteri Dalam Negeri atau jawatankuasa tertentu telah diluluskan dan 416,510 (45%) diluluskan melalui sistem biasa yang turut melibatkan kelulusan bagi subsektor beku yang menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Sistem ePPAx dan MyIMMs yang merupakan Sistem Kawalan Pekerja Asing ini turut diceroboh dengan penyediaan kuota palsu, hal ini amat berisiko bagi Malaysia kerana gagal menjalankan pemeriksaan FOMEMA bagi mengesan
penyakit berjangkit dikalangan pekerja asing.
Berikut merupakan saranan daripada PAC hasil daripadaprosiding dan audit yang dijalankan. Hal ini harus diselesaikan segera mencacatkan kestabilan ekosistem peluang pekerjaan di Malaysia serta risiko penyebaran penyakit berjangkit yang tidak dapat dikenalpasti.